DISINI BAHASA AKU

contact/any question
twitter : @mirsyaAina
instagram : dymirsya
id wechat : meymir

mungkin bukan aku
Friday 4 July 2014 . 0 word(s) .


jika kau pilih tinggi setara denganmu
bukan aku menjadi pilihan
jika kau pilih yang kulitnya putih kemerahan
bukan aku dalam senarai
jika kau pilih yang kurus menawan
bukan aku idamanmu
jika kau pilih yang berambut coklat
bukan juga aku dalam igauan 
memang semua bukan aku
bukan aku yang kau cari

kerana aku hanya aku
kerana aku gadis biasa
yang hanya bersahaja
dalam segala perkara

kalau kau mahu seperti diatas
pergi jangan cari aku
kerana aku tidak mampu
bertukar menjadi patung 

tapi
jika yang kau cari adalah hati yang ikhlas
jika kau cari senyuman yang ceria
jika kau cari yang pandai menjaga
jika kau cari kebahagiaan
sini
sini datang dekatku
kerna mungkin
itu adalah aku


Thanks for reading




Older Post . Newer Post