DISINI BAHASA AKU

contact/any question
twitter : @mirsyaAina
instagram : dymirsya
id wechat : meymir
pre order
Friday 22 August 2014 . 0 word(s) .
Tak perlu basah basi. Disini saya buka pre order untuk zine pertama saya 'puisi pinggiran embun'. Nah detail :
*This is my first zine.
*Dalam buku ni ada lebih 40 puisi bebas dari saya dari tahun 2013 sampai sekarang.
*Pre order pertama dibuka dari 20 ogos hingga 28 ogos 2014. (Maaflah pre order tak buka lama)
*Penghantaran buku akan dilakukan selepas pre order tamat (selepas 28 ogos)
*Untuk pre order and harga boleh contact terus ke watsap saya(mirsya) 0148675278.
*Senaskah rm10 tidak termasuk postage. Rm6 semenanjung, Rm10 sabah swak
*hasil pembelian senaskah zine ni 20% akan didermakan ke tabung Palestine.
*Ini adalah usaha kecil dari kita untuk mereka disana.

Boleh bagitahu kawan2 lain✌







Thanks for reading


derita lama
Sunday 3 August 2014 . 0 word(s) .
Bila kau mula kenal erti derita
Kau bakal cerita pada yang muda
Asbab kenapa manusia perlu gembira
Tanpa mahu rasa apa itu cilaka 

Haii manusia
Perlukah terus memendam rasa
Sedangkan kau tahu jiwa tersiksa
Hanya kerna jaga hati si gulana
Padahal kau teruk menjeruk puaka

Jadi kita perlu bangkit semula
Dan perlu cerita pada mereka
Bila kita sudah dewasa
Pasti kau lupa kisah gelap gelita
Dan senyum bahagia
Lalu berkata
Dulu memang rasa malapetaka
Tapi sebab aku punya jiwa kemboja
Kini ku tahu apa itu merdeka 


Thanks for reading


bermain atas awan
Friday 25 July 2014 . 0 word(s) .
Kini aku disini
Diatas biru awan menari
Melihat pelangi
Warna warni

Tenang dan damai
Aku dan mereka didalam ini
Dalam burung gergasi
Yang sudi bawa kami
Terbang kemari 

Anak anak pesawat serupa
Tidak kurang mesranya
Salam sapa ramahnya
Senyum manis dibibir mereka

Andainya takdir berlaku
Pesawat gah ini gugur kaku
Inilah yang kutinggalkan padamu
Puisi jiwaku atas awan biru
Jangan salahkan pemandu
Jangan salahkan nama siburung ini
Kerana semua ini takdir kami
Yang tertulis memang kami berhenti di sini
Tapi apa pun yang terjadi
Kami tetap senang hati
Setidaknya
Kami dapat lihat pelangi
sebelum mata dan jiwa dibawa pergi

Kalau tak mahu terima nasib kami sebegini
Jangan ingat yang kami ini mati
Anggap saja kami terbang tinggi
Tinggi dilangit dan takkan kembali
Selamat tiggal kekasih

-MH2626 KUL BKI 10.10pm


Thanks for reading


layunya cinta
Sunday 6 July 2014 . 0 word(s) .


tentang cinta, ia sudah bermula
daripada kalimat pertama antara kita
ke kalimat hujungnya
harus kunamakan ia
fatihah cinta

tentang cinta, ia seluas lautan cina
dalamnya seakan lautan india
cukup indah
saat pertama kali kita bersua
mata menyatu hati berlagu
lalu jiwa kita menyatu
apa mungkin kau pengubat jiwa ragaku

musim terus ke musim
bunga bunga cinta mekar bermain mesra
kita dibuai kasih syahdu
berputik rasa seindah rindu

kau cinta pertamaku
dari memori melakar memori
sampai satu tahap
semuanya menjadi beku
apa kita bakal menyatu
sedangkan adat kian berpaku

lihatlah kekasih
bila kau pegang kitab Injil
ku pula junjung Quran yang satu
rumi alif ba ta hafalanku
gereja putih kunjunganmu
ku hanya sujud pada Tuhanku yang satu
kau pula setia dengan salib didadamu
kau aku sungguh jauh
bagai magnet yang tak akan menyatu

puncanya cuma satu
pegangan kita yang tak satu
aku tetap dengan Tuhanku
kau tetap dengan adatmu
karna itu cinta kita rapuh

akhirnya
bunga mekar menjadi layu
musim bunga lantas bertukar abu
terpaksanya kau lepaskanku
lalu ku pergi tinggalkanmu

pergilah sayang pergilah rindu
duduklah tenang digerejamu
moga cinta kau ketemu
walau hatimu tertanam namaku
bajakanlah ia dengan racun cintamu
agar bersemadi dalam tanah hatimu
yang tak akan mekar aku di daun jiwamu

kini biarlah aku pergi menjauh
ku sujud pada Tuhanku
ku pohon agar hatiku yang retak bisa bercantum menyatu
o Tuhan! ketemukan aku dengan cintaku
cinta yang benar bukan palsu



Thanks for reading


kita jauh


jauh sungguh jauh
kau dan aku zahirnya terlalu jauh
namun hati tidak pula ku tahu

kau disana di Negara orang
aku disini di negeri kelainan
kau aku masing masing
mengejar cita mengejar mimpi

bertanya berita berpurnama purnama
membalas khabar jarang sekali
apa kita ini punyai rasa hati
atau kita hanya berilusi
mungkin hanya aku
yang rasa suka suka
tapi pada kau
aku hanya teman biasa

kerana jarak pemisah rasa
aku tidak tahu apa hatimu
kau tidak mengerti apa mahuku
lantas keduanya beku
membisu dan terus bisu


Thanks for reading


mengapa begini


Aku menahan sara
Dia melawan perih
Kami terus bangkitkan hati

Kau layan aku penuh ramah
Masa yang sama kau dan dia pula mesra
Aku penuh ceria
Dia juga suka ria

Akhir semuanya nyata
Aku kau dan dia bersemuka
Aku hanya mampu menahan derita
Kau tak tahu mana nak mula
Dia berderai air mata

Tidak mengapa
Biar kini aku mengalah
Pergilah kau bersama dia
Kosongkan jiwamu dengan namaku

Dia pula cuba menahan
Konon aku lagi layak denganmu
Konon biar dia yang pergi
Tinggalkan aku dan kau yang dia cintai

Oh lelaki
Kenapa buat kami begini
Aku dapat rasa sakitnya
Dia dapat rasa perihku
Ku mohon jangan lagi
Jangan sakiti kami

Ceritanya kau yang menanam duri
Bila ia tumbuh kau yang terpijak dikaki
Sekarang rasakanlah sendiri
Dua insan yang kau sayangi
Kini menanggung perih
Dari ulahmu sendiri


Thanks for reading


pasal perasaan


Kalau pasal perasaan
Mohon jangan bawa main
Kau ingat senang
Orang percayakan kau

Konon akulah permata
Rupanya ada kaca dibelakang mata
Kau sanggup tembak dua hati
Satu kau belai satu kau suci

Kau robek hati kami senang senang
Cuba perasaan kau aku canang
Apa kau tenang?


Thanks for reading




Older Post